KEADILAN Kesal Kerajaan Kurang Serius Membantu Petani dan Menjamin Keselamatan Makanan

April 22, 2020

KENYATAAN MEDIA

 

21 APRIL 2020

 

 

KEADILAN Kesal Kerajaan Kurang Serius Membantu Petani dan Menjamin keselamatan makanan

Memandangkan kes petani menghapuskan hasil sayur-sayuran tanaman petani kini sering terpapar di media, saya kesal bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kurang serius dalam usaha membantu petani dan menjamin keselamatan makanan. Setakat ini, tiada pengumuman daripada Menteri ataupun dua Timbalan Menteri mengenai pelan tindakan menggunakan Dana Jaminan Makanan bernilai RM 1 bilion yang diumumkan dalam pakej rangsangan kelmarin.

 

Berdasarkan statitik yang dipaparkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIP), sehingga 18 April 2020, pembelian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) daripada 1,098 petani yang berdaftar hanya bernilai RM 6.65juta, bersamaan dengan 4,292 ton metrik hasil pertanian sahaja.   

Pembelian ini amat sedikit berbanding dengan dana yang diperuntukkan. Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, RM 1 bilion diperuntukkan bagi tujuan dana jaminan makanan, dan RM 100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman. 

 

KPIP hanya memperuntukkan RM 6.65 juta untuk membeli hasil pertanian daripada seribu orang petani yang berdaftar semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, iaitu sekadar 0.6% daripada jumlah peruntukan dana jaminan makanan. Maksudnya, kerajaan cuma memperuntukkan purata RM 220,000 sehari membeli hasil pertanian.

 

Selain itu, sedai maklum bahawa gangguan PKP ke atas rantaian bekalan telah menyebabkan hasil pertanian tidak dapat dijual kepada pihak pengguna. Kesannya, terdapat petani-petani yang terdesak terpaksa memusnahkan hasil tanaman mereka dan mengurangkan hasil tanaman pada musim akan datang untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.

 

Sehubungan itu, matlamat kerajaan menjamin keselamatan makanan tidak tercapai kerana tindakan pengurangan hasil tanaman petani kemungkinan menyebabkan krisis pembekalan makanan dan harga naik bagi hasil tanaman.

 

Saya mencadangkan bahawa kerajaan sepatutnya memberi lebih perhatian kepada petani, khususnya pekebun-pekebun kecil pada masa kritikal ini. Agensi-agensi wajar mencari dan  menghubungi mereka untuk membeli sebanyak mungkin hasil tanaman mereka. Seterusnya, kementerian boleh menggerakkan alat dan kenderaan pengangkutan miliki KPIP untuk mengatasi kekangan rantaian bekalan. Mereka boleh membawa hasil ke pasaran yang sesuai, ataupun menghantar hasil pertanian tersebut kepada golongan yang memerlukan bantuan seperti orang asli melalui penyelarasan dengan kementerian lain.

 

 

Disediakan oleh,
YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat

 

 

 

新闻文告

 

2020年4月21日

 

 

农业部回购农产品有欠积极
公正党恐毁菜减产行动继续

 

人民公正党总财政李健聪抨击农业部至今没有宣布10亿令吉食物保证基金的用途与计划,甚至现有的回购农产品却力道过于不足,并担忧这将打击农民生产意愿,进而影响蔬果供应与粮食安全。

 

李健聪指出,根据农业部联邦农业销售局的数据,截至4月18日,该部门仅向千余户农民回购了价值665万令吉,相等于4292吨的农产品。这个份额仅是隔靴搔痒。

 

“在慕尤丁宣布的振兴配套中,拨出10亿令吉予食物保证基金,其中(另外)1亿令吉用于食物的储存、分派以及开发综合农业。农业部在行管期落实来的一个月内仅花了665万令吉回购农产品,仅占该拨款的区区0.6%,也相等于每天才平均拨出22万令吉回购农产品。“

 

李健聪表示,这几个星期供应链面对严重的干扰,已经导致许多农产品无法顺利抵达消费人的手上。这致使农民辛苦种植的蔬果因无法售出而血本无归,有的甚至被迫含泪毁菜。这种恶劣的生产环境恐导致农民减产,大有可能在行动管制令结束后,衍生蔬果供应不足及价格上涨问题。

 

”在此关键时刻,农业部应该积极联系农民,尤其是小面积种植,缺乏议价能力的小农,然后排定时间表,分次直接收购他们手上的农产品。然后,农业部可动用该部旗下各局的运输工具及职员,再通过与其它部门的协调,送到适合的市场以原价售卖,或是送给原住民等弱势群体。“

 

李健聪遗憾,一方面弱势群体在挨饿,一方面却有农民毁菜停产,是个“双输”的荒谬现象。

 

”今天的农业部除了一名正部长,更增设了两名副部长,理应更有能力解决农民面对的切身问题。遗憾的是,在这关键的几个星期,我们比较少看到部长有任何具体的宣布。“

 

YB 李健聪

人民公正党全国总财政

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019