KENYATAAN MEDIA (SMK PUSAT BANDAR PUCHONG 1)

January 8, 2020

KENYATAAN MEDIA (SMK PUSAT BANDAR PUCHONG 1)
 

8 Januari 2020
 

Saya berasa kecewa terhadap tindakan SMK Pusat Bandar Puchong 1 dalam isu menanggal semua perhiasan Tanglung di dalam kawasan sekolah. Walaupun ia hanya berlaku di dalam sebuah sekolah, namun ia telah memberi impak negatif terhadap keyakinan dan kepercayaan dalam masyarakat majmuk di negara kami ini.
 

Perayaan Tahun Baru Cina bukan satu perayaan agama tetapi ia merupakan sambutan perayaan tradisional yang diamalkan selama ini. Berdasarkan gambar yang diperolehi, tiada sebarang unsur penyebaran agama dalam perhiasan di dalam kawasan sekolah tersebut. Jikalau perhiasan tersebut didapati terlalu keterlaluan dan menganggukan, pihak pengurusan sekolah patut membuat pembetulan secara dalaman. Saya rasa Naib Pengerusi Parti PERKASA Mohd Khairul sengaja mencetuskan isu ini, kalau bukan sengaja, mestilah beliau jahil.
 

Saya juga berasa kesal terhadap tindakan Guru Besar tidak melindungi atau memihak kepada komitment atau kesungguhan alumni-alumni sekolah yang telah mengambil inisiatif untuk menghias persekitaran sekolah tersebut. Bekas Menteri Pendidikan yang telah mengesa untuk ruang pembelajaran yang lebih terbuka, namun tindakan yang dibuat oleh guru besar hari ini tidak mengikut jejak pembaharuan pendidikan yang dilaungkan oleh bekas menteri pendidikan. Apakah autonomi sebenarnya yang dimiliki oleh pelajar dan alumni? Adakah ia akan menimbulkan keraguan atau menjejaskan hubungan antara pelajar di dalam sekolah? Adakah semangat kekitaan pelajar terhadap sekolah akan terjejas juga?

 

Perayaan Tahun Baru ataupun merupakan perayaan yang penting bagi semua. Saya mencadang Kementerian Pendidikan dalam Kelas Sivik menekankan ‘Pembelajaran Kepelbagaian Budaya’ untuk menikmati keindahan budaya antara kaum melalui perkongsian, perhiasan, persembahan dan juga permainan. Melalui perubahan pendidikan yang berjangka panjang ini, saya percaya rakyat tidak akan lagi dipengaruhi oleh pandangan politik yang berfikiran sempit dan bermotif politik, serta dipecahkan dan ditakut-takutkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Jikalau tidak, visi Malaysia Baru atau Wawasan 2020 mungkin akan semakin berjauhan daripada direalisasikan.

 

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN


新闻文告 (SMK PUSAT BANDAR PUCHONG 1)

 

2020年1月8日

 

我对浦种国中拆灯笼事件表达极度遗憾。这起事件虽然只发生在一家学校,但已经对打造多元互信的社会造成了影响。

农历新年不是宗教庆典,而是个文化传统节日。根据图片,该校的布置没有丝毫传教意图。装饰上若有夸大干扰,学校也应该内部调整。土著权威党副主席莫哈末凯鲁若不是故意,便是无知。

我也对校长没有维护学生校友的一份心意而感到失望。前教育部长誓言打造开放的学习环境,但这全面拆除的举动,却泼了教改一瓢冷水。学生与校友的自主权是什么?各族学生之间的关系,是否会更加疑忌与疏远?学生对学校的归属感,会否受到打击?

新年节庆,勿论哪个族群,都是重要的日子。我建议教育部在公民课提倡“多元文化学习”单元,通过分享、布置、表演与游戏,感受各族文化之美。通过长期的教改,人民才不会被狭隘短视的立场绑架,被分化与恐惧的心理占据。否则,新马来西亚或2020宏愿欲打造的愿景,或将与我们渐行渐远。

YB 李健聪
人民公正党全国总财政

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019