TAHNIAH KEPADA DUA PEMAIN REMAJA PAHANG

September 25, 2019


Tahniah kepada dua pemain remaja Pahang, Ahmad Zamil Zaqwan Samsulkamal dan Muhammad Raiyan Izzan Nurqhaireel Izzuan yang telah beraksi cemerlang dan membanggakan pada Kejohanan Bola Sepak Piala Global Yakult 2019 di Osaka, Jepun, baru-baru ini.
 


Kehebatannya menjaringkan 2 gol ketika menewaskan Pasukan Bola Sepak Profesional Liga 1 Jepun, Cerezo Osaka pada peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Global J Green Sakai di Osaka, Jepun menjadi sebab utama mengapa pasukan tersebut tertarik untuk mengambil beliau menyertai kelab tersebut meskipun baru berumur 12 tahun.

 

Perkara ini sebagaimana yang di nyatakan oleh Encik Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult Malaysia yang berada bersama ketika kejohanan tersebut berlangsung.

 

Bagi pelatih Akademi Tunas Program Penbangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Kubang Pasu, Abid Safaraz bin Rozaidi, perkara ini merupakan suatu yang menarik perhatiannya dan beliau bersedia untuk berjauhan dengan keluarga bagi bersama kelab tersebut di Osaka, Jepun.

 

“Saya tidak menyangka kelab Cerezo Osaka berminat dengan saya kerana saya biasa sahaja, tidak hebat mana. Sekiranya perkara tersebut benar, saya sangat gembira untuk menyertai mereka meskipun saya tahu saya akan berjauhan dengan keluarga”

 

"Saya akan rindu dengan keluarga saya sekiranya saya berada di sini tapi itu bukan halangan. Ini kerana ilmu dan pengalaman yang bakal saya perolehi di sini nanti sangat berharga dan boleh menjadikan saya pemain bola sepak yang berjaya. Mereka mempunyai fasiliti latihan yang baik serta corak latihan yang berbeza berbanding di Malaysia. Saya nak jadi pemain bola sepak yang berjaya sebab saya nak kumpul duit untuk bawa mak pergi Mekah"

 

"Mengulas mengenai perlawanan yang beliau hadapi sewaktu kejohanan di sini, beliau menyatakan terdapat banyak perbezaan berbanding perlawanan yang pernah beliau sertai di Malaysia."

 

"Secara keseluruhannya, setiap pasukan yang kami hadapi di sini sangat bagus. Mereka mempunyai kualiti permainan yang baik dan corak permainan yang laju. Sekiranya saya berada di sini mungkin cara bermain saya seperti mereka”

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

Please reload

Archive