TAHNIAH, AKHIRNYA RAFIZI MENANG DALAM KES RAYUAN

TAHNIAH, AKHIRNYA RAFIZI MENANG DALAM KES RAYUAN Saya baru sahaja mendapat perkhabaran baik dan menggembirakan melalui media bahawa sahabat saya Naib Presiden KEADILAN, Sdr Rafizi Ramli telah menang di dalam kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 3 tahun lepas yang memerintahkan beliau membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd, Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka. Kes yang didengar oleh Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hamid Sultan Abu Backer yang membuat keputusan tersebut telah membuktikan bahawa "Kebenaran akan mengatasi kebathilan" akhirnya. Saya bersyukur di atas keputusan ini dan mengucapkan tahniah kepada Sdr Rafizi Ramli bersama barisan peguamnya yang tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangannya menuntut kebenaran dan keadilan. Tahniah dan syabas! YB Lee Chean Chung

Adun Semambu

Bendahari Agung KEADILAN


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2017 by Fiction Fire Media. Proudly created with Wix.com

Talian kami:

Tel: 018-2290073

Pejabat ADUN Semambu

No.1, Lorong Sekilau 58, Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan