SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KAREEM DARI ADUN SEMAMBU

May 4, 2019

 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KAREEM DARI ADUN SEMAMBU

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam dan di bulan yang mulia ini umat Islam akan diuji dengan lapar dan dahaga di samping mengawal nafsu masing-masing.

Sebulan sebelum masyarakat Islam merayakan Aidil Fitri, mereka akan berpuasa di siang hari dan ini merupakan kewajipan bagi penganut ugama Islam.  Bagi Non Muslim, pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menghormati rakan-rakan  berugama Islam kita yang sedang berpuasa.  Sikap saling menghormati di antara semua agama di negara ini adalah kunci ke arah perpaduan dan keamanan negara.

Kepada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Dun Semambu, Indera Mahkota saya serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.

Semoga kejayaan menempuhi cabaran dan ujian sepanjang Ramadhan nanti akan memperkuatkan jati diri masing-masing bagi menempuhi cabaran mendatang.  

Selamat Berpuasa


YB Lee Chean Chung
Adun Semambu
Bendahari Agung KEADILAN

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive