PASDEC GAGAL MENGHANTAR LAPORAN KEWANGAN KEPADA BURSA MALAYSIA, APA TERJADI?

PASDEC GAGAL MENGHANTAR LAPORAN KEWANGAN KEPADA BURSA MALAYSIA, APA TERJADI? Saya mengambil berat tentang berita bahawa Pahang State Development Corporation (PASDEC) gagal menghantar laporan tahunan 2018 kepada Bursa Malaysia sebelum 30hb April 2019. Perkara ini amat mengejutkan dan saham PASDEC telah menjunam 6.58% pagi tadi. PASDEC merupakan anak syarikat Negeri Pahang yang membawa imej dan prestij negeri Tok Gajah. Perkembangan ini memang di luar jangkaan dan amat mengecewakan. Saya turut mengingatkan bahawa Sekiranya PASDEC tidak dapat mengemukakan laporan kewangan sebelum 8 Mei, Bursa Malaysia mungkin akan membekukan jualbeli saham PASDEC. Saya menggesa Menteri Besar Pahang mengambil tindakan segara bagi mengatasi kemelut tersebut. YB Lee Chean Chung Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu