MALAYSIA TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH BUKAN PERKARA YANG BOLEH DIBANGGAKAN

April 17, 2019

 

MALAYSIA TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH BUKAN PERKARA YANG BOLEH DIBANGGAKAN

Apakah kita merasa bangga apabila dunia menabalkan Malaysia sebagai tempat pembuangan sampah?  Isu ini bukan baru, tetapi setelah kerajaan PH mengambil alih  Putrajaya, kita mula sedar bahawa negara luar mula memperkatakan tentang Malaysia sebagai ‘destinasi’ pembuangan  sampah yang terkenal di dunia.  Hanya orang yang kurang siuman akan berbangga dengan pengiktirafan ini.

Terbaru, sebuah media dari Autralia melaporkan sekali lagi tentang isu ini.  Media 9news.com semalam melaporkan bahawa siasatan oleh program 60 Minutes mendedahkan sisa plastik campuran daripada tong sampah kitar semula di kawasan pinggir bandar Australia dibuang ke berpuluh-puluh tapak memproses haram di Malaysia.

Sebelum ini, penyelidikan terkini Greenpeace Malaysia mendedahkan, negara ini telah menjadi tapak lambakan baru untuk kitar semula plastik dari lebih 19 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.     

Pada Julai 2018, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, YB Yeo Bee Yin membei jaminan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah’ kepada sisa pepejal dunia.  Kenyataan beliau itu sedikit melegakan, namun persoalannya adakah komitmen beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dapat sokongan serta kerjasama dari kementerian lain?  

Saya melihat isu ini begitu serius kerana ianya bukan sahaja mencemarkan nama baik negara kita tetapi apa yang lebih penting adalah sekiranya isu ini tidak ditangani segera ianya akan menjejaskan tahap keselamatan dan kesihatan rakyat keseluruhannya.  

Kita tidak boleh memperjudikan keselamatan dan kesihatan rakyat hanya semata-mata melihat kepada keuntungan besar.  Kita wajar mencontohi negara China yang telah pun mengharamkan sebarang kemasukan sisa pepejal dari mana-mana negara.  

Saya menyeru agar kerajaan lebih peka dan prihatin akan permasalahan ini. Kita masih belum selesai di dalam isu-isu dalam negara kita seperti kewujudan kilang-kilang haram, pembuangan sisa toksid merata-rata, isu bauksit dan kilang Lynas yang masih belum ada penghujungnya, jangan pula kita tambah lagi bebanan dengan menjadikan negara kita sebagai ‘tong sampah’.

Kerajaan mesti tegas di dalam menangani isu ini.

YB LEE CHEAN CHUNG
Bendahari Agung KEADILAN
Adun Semambu

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive