KEADILAN 20TH ANNIVERSARY ONE BIG CHALLENGE FOR YOUNG GENERATION

April 4, 2019


KEADILAN 20TH ANNIVERSARY ONE BIG CHALLENGE FOR YOUNG GENERATION

First of all, I wish to congratulate the KEADILAN 20th Anniversary for all members of KEADILAN.Although I am not destined to be born of early reformers, I am very proud and fortunate to be born in a court of justice founded by the President of KEADILAN himself, Dato 'Seri Anwar Ibrahim. My presence in this sacred party is my choice not by chance because I see myself no other party that is so consistent in upholding justice and opposing tyranny other than this party. I believe it is not easy for any party to determine the direction of the party does not change from the basis of its struggle, but KEADILAN has proven it.

 

Today, KEADILAN reaches its two decades of establishment which has gone through the thorns and mines to become like today. Agree or not, no one can deny that this party's superiority is because it is led by an extraordinary man named Dato Anwar Ibrahim.

 

Like it or not, we have to accept the fact that this reformist figure is now at the height of its struggle. Although we have become a ruling kingdom, our task and responsibility for realizing the 'reform' as we have for decades is not yet perfect. Therefore, DatoAnwar Ibrahim still needs us to guide us so that we can not be complacent and cheerful when it becomes a government.

 

I am convinced that even though among us there is a difference in opinion in determining the direction of our beloved party, yet in our heart we are confident and believe that Anwar Ibrahim is able to hasten our journey towards the 'reform' that we have been dreaming of. However, we must accept the fact that KEADILAN must be willing to produce a bold, honest and enthusiastic young figure to inherit the cause of this reformist reform movement. It's not easy, but we have to start it.

 

In conjunction with the 20th Anniversary of the Keadilan Day, especially to young people, I urge us to mutually revolutionize the meaning of the reform struggle in the present decade. In the past, reformation started on the road now that reforms should begin in Putrajaya where we live today.

 

The people are looking forward to seeing what the "reforms" are meant to be. We have to prove to the people that we are not mistaken in choosing KEADILAN as our struggle.

 

"IF SCARE TO RISK, DO NOT SPEAK STRUGGLE"

 

YB Lee Chean Chung

Treasurer General of KEADILAN

ADUN Semambu

 


HARI ULANGTAHUN KEADILAN KE 20 SATU CABARAN BESAR UNTUK ANAK MUDA

 

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun KEADILAN Ke 20 kepada semua warga KEADILAN.


Meskipun saya bukan ditakdirkan lahir di kalangan pejuang awal reformasi, namun saya amat berbangga dan bertuah kerana dilahirkan di dalam wadah keadilan yang diasaskan oleh Presiden KEADILAN sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Keberadaan saya di dalam parti keramat ini adalah pilihan saya bukannya secara kebetulan kerana saya melihat sendiri tiada parti lain yang begitu konsisten di dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman selain dari parti ini.  Saya yakin tidak mudah untuk mana-mana parti bagi menentukan arah tuju parti tidak berubah dari dasar perjuangannya, namun KEADILAN telah membuktikannya.  


Hari ini, KEADILAN mencapai dua dekad penubuhannya yang telah melalui penuh duri dan ranjau untuk menjadi seperti sekarang.  Setuju atau tidak, tiada siapa boleh menafikan bahawa keunggulan parti ini adalah kerana ianya dipimpin oleh seorang insan luar biasa bernama Anwar Ibrahim.


Suka atau tidak, kita harus terima hakikat bahawa tokoh reformasi ini kini berada di kemuncak perjuangannya.  Meskipun kita telah menjadi kerajaan yang memerintah, tugas dan tanggungjawab kita untuk merealisasikan 'reform' seperti yang berpuluh tahun kita laungkan itu masih belum sempurna.  Justeru itu, Anwar Ibrahim masih kita perlukan untuk membimbing kita agar kita tidak leka dan dibuai keseronokan apabila telah menjadi kerajaan.


Saya yakin, walaupun di kalangan kita terdapat perbezaan pendapat di dalam menentukan hala tuju parti yang kita cintai ini, namun di dalam sanubari kita tetap yakin dan percaya bahawa Anwar Ibrahim mampu untuk mempercepatkan perjalanan kita menuju ke arah 'reform' yang selama ini kita impikan.  Namun, harus kita terima hakikat bahawa KEADILAN mesti bersedia untuk melahirkan tokoh muda yang berani, jujur dan mempunyai semangat yang kental bagi mewarisi perjuangan tokoh reformasi yang kita puja ini.  Ianya tidak mudah, tetapi kita harus memulakannya.
 

Sempena dengan Hari Ulangtahun KEADILAN Ke 20 hari ini, terutamanya kepada anak-anak muda, saya menyeru agar kita sama-sama menghadamkan erti perjuangan reformasi di dekad sekarang ini.  Jika dahulu, reformasi bermula di jalanraya kini reformasi harus bermula di Putrajaya yang kita huni sekarang ini.
 

Rakyat menanti penuh sabar untuk melihat apakah itu "reformasi' yang dimaksudkan.  Kita harus membuktikan kepada rakyat bahawa kita sebenarnya tidak silap memilih KEADILAN sebagai wadah perjuangan kita.

 

"JIKA TAKUT KEPADA RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN"

 

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
Adun Semambu

 

 

KEADILAN 20周年纪念日 对年轻人的巨大挑战

首先,我要向KEADILAN所有成员祝贺KEADILAN成立20周年.虽然我注定不是早期改革者的出生,但我很自豪能够出生在由KEADILAN总统拿督斯里安华他自己创立的政党.我在这个神圣的政党中的存在是我的选择,不是偶然的,因为我没有看到任何其他政党在维护正义和反对,除了这个政党之外的暴政方面如此一致.我认为任何一方都不容易确定党的方向不会因其斗争的基础而改变,但是KEADILAN已经证明了这一点.

今天,KEADILAN已经建立了二十年,经历了荆棘和地雷,变得像今天一样.同意与否,没有人可以否认这个党的优越感是因为它是由一个名叫安华的非凡人领导的.

无论喜欢与否,我们必须接受这样一个事实,即这个改革派人物现在处于斗争的高峰期.虽然我们已经成为一个执政王国,但我们几十年来实现“改革”的任务和责任还不完善.因此,安瓦尔·易卜拉欣仍然需要我们指导我们,以便当它成为一个政府时我们不能自满和开朗.

我相信,即使我们中间在确定我们心爱的党派的方向上存在分歧,但在我们心中,我们有信心并相信安华易卜拉欣能够加速我们的“改革”之旅.梦想着.但是,我们必须接受这样一个事实,即,凯迪兰必须愿意产生一个大胆,诚实和热情的年轻人物,以继承这一改革派改革运动的事业.这并不容易,但我们必须启动它.

在庆祝KEADILAN日20周年纪念日之际,特别是对年轻人,我敦促我们相互革新,改变当前十年改革斗争的意义.在过去,改革开始了,因为改革应该在今天我们居住的Putrajaya开始.

人们期待看到“改革”的意义.我们必须向人民证明,我们在选择KEADILAN作为我们的斗争时并没有错.

“如果担心风险,免谈奋斗”

YB 李健聪

人民公正党全国总财政
彭亨士满慕州议员

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive