MEMBINA JENAMA KERETA NASIONAL, SATU PENILAIAN TELITI

August 30, 2018

 

Ketika melawat Jepun pada bulan Jun yang lepas, TunMahathir membentangkan idea dan aspirasinya untukmembina satu lagi jenama kenderaan nasional walaupun terdapat suara-suara rintihan rakyat yang risau akan idea itu.

 

Adakah ianya satu keperluan untuk mewujudkan satu lagi jenama nasional demi merancakkan lagi sektor perindustrian negara? Suatu ketika dahulu, Tun Mahathir mewujudkan jenama Proton tahun kedua beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1983. Dasar ini adalah bijak berpandangan jauh bagi melonjatkan tahap pengindustrian Malaysia pada ketika itu.

 

Pada tahun 1990-an, Proton menikmati 74% bahagian pasaran di Malaysia kerana penguatkuasaan polisi perlindungan yang ketat serta pinjaman beli kereta dengan faedah yang rendah. Tetapi, oleh sebab kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan yang kurang memuaskan, serta persaingan sengit daripada jenama luar negara, jumlah export Proton bukan sahaja tidak dapat ditingkatkan, malah bahagian pasaran dalam negara yang diperoleh Proton juga merosot kepada 14% pada tahun 2017.

 

Selepas berkali-kali proses penswastaan semula dan suntikan dana, pada tahun lepas, 49.9% saham Proton telah dibeli oleh Zhejiang Geely Holding Group, manakala DRB-Hicome yang dikuasai Syed Mokhtar memperoleh 50.1% saham Proton.

 

Untuk memahami masalah yang dihadapi oleh Proton padamasa itu, kita perlulah mengambil pengalaman daripada kejayaan industri automobil negara luar.

Menjadikan polisi industri automotif di Korea sebagai pengajaran

 

Walaupun Korea telah mula memajukan industri automobil pada tahun 1960-an, mereka hanya mengeksport kereta yang pertama pada akhir tahun 1970-an, di mana Korea menukar 6 buah kereta dengan Ecuador untuk mendapatkan komoditi pisang. Pada tahun 1982, setahun sebelum Tun Mahathir mewujudkan Proton, Korea menjalankan Dasar Rationalisi Industri Automotif (Automotive Industry Rationalization Policy) untuk menggalakkan penggabungan dan pembelian syarikat. Menjelang tahun 1986, Korea melonggarkan polisi perlindungan mereka, menyebabkan industri automobil Korea perlu menghadapi persaingan daripada seluruh dunia. Di samping itu, kerajaan Korea mula mengamalkan polisi export dan mengabaikan polisi penggantian import untuk sektor automotif.

 

Polisi export Korea meletakkan tiga aspek sebagai tonggak penting, iaitu insentif cukai, insentif kewangan dan perwujudan zon perdagangan bebas. Insentif cukai melibatkan pengecualian cukai dan pemulangan cukai kepada pengeksport. Insentif kewangan melibatkan pinjaman rendah dividen dan insurans eksport. Insurans tersebut dikawal oleh Akta Insurans Pengeksportan 1969. Initiatif-initiatif ini berjaya meningkatkan peratus pengeksportan kereta yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat Korea daripada 35% pada tahun 1985 sehingga 70% di 2012.

 

Tuntasnya, kejayaan dasar automobil Korea adalah disebabkan oleh cara, masa dan penyelarasan penukaran dasar daripada dasar perlindungan kepada dasar pendorongan export dilaksanakan dengan bagus. Dasar perlindungan pada tahun 1960-an sehingga 1970-an membolehkan syarikat Korea membangunkan produk-produk masing-masing, dan dasar pada tahun 1980-an memaksa syarikat Korea mencari jalan untuk menjual produk mereka ke luar negara. Contohnya, syarikat Hyundai telah berjaya menjual 126,000 buah kereta pada kali pertamanya memasuki pasaran US pada tahun 1986, tetapi jualannya menjatuh selepas itu kerana kualiti yang teruk.

 

Mementingkan Penyelidikan dan Pembangunan(R&D) untuk Memasuki Pasaran Luar Negara

 

Untuk mengelakkan diri daripada tenggelam dalam arus persaingan dengan syarikat kenderaan Eropah dan Amerika Syarikat, syarikat-syarikat automobil Korea terpaksa menumpukan tenaga kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D). Tindakan mereka ini terbukti adalah tepat dan berkesan. Pengurangan kos dan pencapaian skala ekonomi oleh syarikat-syarikat kenderaan Korea adalah mustahil jikalau hanya melibatkan pasaran tempatan.

 

Di samping itu, persaingan sengit pasaran antarabangsa memaksa syarikat-syarikat tersebut mementingkan proses R&D, meningkatkan kualiti produk akhirnya sehingga setaraf dengan dunia, selain daripada mengurangkan pembayaran royalti kepada syarikat luar negara, membawa kepada penambahan nilai yang besar kepada ekonomi negara.

 

Masalah dasar kenderaan Malaysia ialah kekurangan dasar export dan hanya fokus kepada  perlindungan. Pada tahun 1990-an, Proton menguasai 70% bahagian pasaran dalam pasaran tempatan yang dilindungi, tanpa berfikir bahawa perlindungan ini menyebabkan rakyat terpaksa menanggung harga kereta import yang terlampau tinggi. Tambahan pula, amalan kronisme UMNO/BN telah merosakkan amalan merit dalam pengurusan serta mutu pembekal, harga permit import (AP) yang melampau, dan penyalahgunaan dana pembangunan kereta menyebabkan Malaysia tidak mampu bersaing di pentas dunia. Tambahan pula, syarikat kenderaan nasional dibeli oleh syarikat Cina selapas berbilion-bilion ringgit dilaburkan oleh kerajaan. Buat masa sekarang, industri kenderaan telah menjadi lebih matang dan tahap persaingngannya lebih tinggi. Kebangkitan China menyebabkan penukaran senario persaingan. Memandangkan polisi yang bagus haruslah juga dilaksanakan pada masa yang tepat, adalah Malaysia bersedia untuk mewujudkan kenderaan nasional ketiga?

 

Akhirul kalam, dua persoalan utama perlu dijawab. Adakah tahun 2018 masa yang lebih baik daripada tahun 1983 untuk mewujudkan kenderaan nasional? Selain itu, ketika negara kita berada dalam usaha mengurangkan hutang, adakah kita mempunyai keupayaan dan hasrat untuk mengabaikan masalah kronisme dan penyelewengan? Jikalau jawapan terhadap kedua-kedua soalan adalah tidak, jalan yang lebih sesuai perlu dicari, dan kenderaan nasional berkemungkinan adalah tidak wajar untuk diwujudkan buat masa sekarang.

 

Lee Chean Chung

ADUN Semambu

Ketua Penerangan AMK

Pemegang Ijazah Saujana Sains Pengangkutan dan Logistik, Malaysia University of Science & Technology (MUST)

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive