KENYATAAN MEDIA-新闻公告

August 3, 2018

MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING SEBAGAI AHLI MPP KEADILAN

Hari ini saya mengumumkan pencalonan saya untuk bertanding kerusi Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Pakatan Harapan telah melakar sejarah dengan memenangi Pilihanraya Umum Ke-14. Sebagai parti komponen terbesar dalam Pakatan Harapan, KEADILAN memikul tanggungjawab besar dalam era Malaysia Baru untuk memastikan pentadbiran yang adil, bebas, telus dan berteraskan rakyat.

KEADILAN juga berperanan memastikan gerakan Reformasi dalam 20 tahun ini tidak lenyap atau dipinggirkan. Agenda dan semangat reformasi seharusnya diterjemah dan dicerminkan dalam urus tadbir Kerajaan baru Pakatan Harapan.

Marilah kita menggilap semula Idealisme dan perjuangan untuk menjadikan KEADILAN sebuah parti untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Wajib untuk kita memastikan KEADILAN kekal dengan semangat asalnya yang menolak amalan rasuah, nepotisme dan penyelewengan biarpun daripada luar atau dalam.

Kami perlu sentiasa ingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan, elak untuk menjadi parti yang berorientasikan kepentingan diri sendiri atau parti yang serupa parti Komponen Barisan Nasional tetapi sebuah parti yang betul berorientasikan rakyat dan demi rakyat.

Marilah kita bersama membina negara yang merdeka, berdaulat, berdasarkan kebebasan dan keadilan, sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya serta mengekalkan keamanan antara semua bangsa.

Itulah sebab saya pilih untuk bertanding. Reformasi! Reformasi! Reformasi!

 

YB Lee Chean Chung
Ketua Cabang Indera Mahkota
Ketua Penerangan AMK
ADUN Semambu, Pahang

 

 

【李健聪:关于竞选公正党中委的决定】

今天我郑重宣布,将会竞选人民公正党中央委员一职。

在第十四届大选,希望联盟历史性重创国阵,我国迎来首次政党轮替。作为希盟最大伙伴,公正党在这个新时代肩负着巨大使命,确保新政府的施政公正、自由、透明且时时以民为主。

公正党也必须确保20年来的烈火莫熄改革运动不会沉寂或遭边缘化。反之,改革精神与议程应该内化为希盟新政府的灵魂。

让我们擦亮自己的理想主义,持续把公正党打造成不分背景的全民政党。无论党内党外,我们务必确保公正党为反贪、裙带主义与腐败而斗争。

我们必须时时提醒自己与斗争伙伴们,千万别成为像国阵般为私利而厮斗的党派。反之,我们要公正党成为时时与民同在,真正为民服务的斗争平台。

让我们一起打造真正独立、有主权,维护公正自由,而且时常照顾人民福祉与各族和平的国家。

以上为我选择参选之主张。烈火莫熄!

 

李健聪
英迪拉马哥打区部主席
公青团全国宣传主任
彭亨士满慕州议员

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

Please reload

Archive