KENYATAAN MEDIA-PRESS STATEMENT-新闻公告

July 20, 2018

 

KENYATAAN MEDIA

 

16 Julai 2018

 

Angkatan Muda Keadilan Menyerah Memorandum kepada Kedutaan Myanmar untuk Menuntut Kebebasan Dua Wartawan Reuters di Myanmar

 

Angkatan Muda KEADILAN telah menyerahkan satu Memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, menuntut kebebasan dua orang wartawan Reuters bernama Wa Lone dan Kyaw Soe Oo yang telah ditahan dibawah Akta Rahsia Rasmi.

 

Wa Lone dan Kyaw Soe Oo telah ditahan kerana memiliki beberapa dokumen rahsia kerajaan ketika membuat liputan berkenaan dengan isu pembunuhan 10 orang Rohingya dan kini bakal menghadapi hukuman penjara selama 14 tahun.

 

Saya menegaskan bahawa pendakwaan ini bukan sahaja bertentangan dengan kebebasan Media malah tidak selari dengan arus demokrasi. Kerajaan Myanmar seharusnya mengambil pedoman daripada tindakan Kerajaan Malaysia yang gigih memansuhkan akta-akta zalim seperti Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta memberi kebebasan kepada Media.

 

Kerajaan Myanmar seharusnya melindungi hak setiap wartawan dan kebebasan media tetapi bukan menghukum wartawan yang membuat liputan benar dan tepat dalam isu Rohingya sedangkan isu tersebut telah menjejaskan imej kerajaan Myanmar.

 

Dalam memorandum tersebut, saya telah menegaskan bahawa tindakan dan layanan Kerajaan Myanmar terhadap dua wartawan tersebut bermotif politik dan tidak telus. Sejajar dengan semangat kebebasan Media Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pihak Media berhak untuk membuat sebarang liputan dan bercakap benar bukan satu kesalahan jenayah.

 

Saya juga berharap agar Aung San Suu Kyi, penasihat negara Myanmar dan juga pemenang anugerah Nobel Keamanan seharusnya masuk campur terhadap permasalahan ini dan menggesa supaya penilaian semula perlu dibuat terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada wartawan terlibat. Selain itu, Aung San Suu Kyi yang diraikan sebagai salah seorang pejuang hak asasi manusia sepatutnya memainkan peranan dalam membela hak kedua-dua wartawan ini.

 

Lee Chean Chung

Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan

 

 

 

PRESS STATEMENT BY YB LEE CHEAN CHUNG

 

16 July 2018

 

Youth Wing of the People’s Justice Party Submitted Memorandum to Myanmar Embassy in Kuala Lumpur Demanding the Release of Two Reuters Journalists

 

Youth Wing of the People’s Justice Party (AMK) submitted a memorandum to Myanmar Embassy in Kuala Lumpur this morning demanding the release of two Reuters Journalists, Wa Lone and Kyaw Soe Oo whom have been charged under the Official Secrets

 

Wa Lone and Kyaw Soe Oo are facing a 14 years jail term for illegal possession of state secrets documents during their investigation towards the killing of 10 Rohingya in norther Rakhine state.

 

I would like to urge the Myanmar government for the immediate release of the 2 detained journalists because their detainment is a violation of human rights and press freedom that are advocated by the United Nations. Myanmar government should has follow the suite of Malaysia by abolishing draconian laws and protect the freedom of media.

 

Myanmar government should have protected the rights of journalists and guarantee the freedom of media, instead of stepping backwards in prosecuting journalists, who are seeking to report the truth that have damaged the image of the government.

 

In the memorandum, I have strongly condemned the action taken by the Myanmar government toward two journalists are political motivated and lack of transparency. Aligned with the freedom of Press advocated by United Nations, Medias have the totally freedom in reporting truth.

 

I also hope that Aung San Suu Kyi who is the State Counsellor of Myanmar and Nobel Laureate should intervene and call for a review towards the prosecution of the 2 journalists. Aung San Suu Kyi who champions for human rights and democracy for the past decades should protect the human rights of the 2 journalists.

 

Submission of Memorandum to Representative of Myanmar Embassy in Kuala Lumpur by YB Lee Chean Chung and his delegates.

 

 

Lee Chean Chung

Semambu State Assemblyman

Information Chief for Youth Wing of the People’s Justice Party (AMK)

 

 

 

公青团前往缅甸大使馆移交备忘录    

敦促缅甸政府释放两位路透社缅甸籍记者

 

(20日)人民公正党青年团宣传主任李健聪今日号召公青团党员前往缅甸驻马来西亚大使馆移交备忘录,敦促缅甸城府释放遭扣押的两名路透社缅甸籍记者。

 

瓦龙和觉梭是在采访罗兴亚难民课题时,掉入缅甸警方设下的圈套,而在去年十二月被控违反缅甸国家机密法,即将面临长达十四年的监禁。

 

同时也是士满慕区州议员的李健聪表示,缅甸政府扣押上述两名记者不禁违反了媒体自由的精神,也是一种民主倒退。

 

“马来西亚经历了改朝换代,并在民主化后积极废除煽动法令、内安法令等恶法,给予媒体公平报道的自由。缅甸政府在移交政权后却选择提控在罗兴亚难民课题积极发声的记者,是民主的倒退。”

 

“该指控不仅违反了联合国所主张的人权条约以及媒体自由,这也是一个政治阴谋的指控。我呼吁缅甸政府立即释放瓦龙和觉梭,让缅甸成为一个真正民主与自由的国家。”

 

李健聪强调,媒体作为第三权,在监督政府上扮演着关键角色 ,不可因为报道不利政府的事实而被迫害。

 

“记者根据事实进行报道不仅没有犯罪,反而在民主转型的过程中扮演关键的角色。缅甸政府必须给予媒体自由进行报道,立刻释放他们。

 

 

李健聪

人民公正党公青团宣传主任

士满慕州议员

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive