RESPONSE ON TWO DETAINED REUTERS JOURNALIST IN MYANMAR

July 16, 2018

PRESS STATEMENT BY YB LEE CHEAN CHUNG
 

16 July 2018
 

Two Reuters Journalists have been charged under the Official Secrets Act for the illegal possession of state secrets documents and they are facing a 14 years jail term. The two journalists, Wa Lone and Kyaw Soe Oo were investigating the case of killing 10 Rohingyas in northern Rakhine state.
 

I would like to urge the Myanmar government for the immediate release of the 2 detained journalists because their detainment is a violation of human rights and press freedom that are advocated by the United Nations. Myanmar government should protect the rights of journalists and guarantee the freedom of media, instead of stepping backwards in prosecuting journalists, who are seeking to report the truth.
 

Trial for Wa Lone and Kyaw Soe Oo has started today and they have already been heavily interrogated by the police prior to that. The whole prosecution towards the journalists are flawed, political motivated and lacking transparency. The 2 journalists were initially invited by police officers to meet at a restaurant under the pretence that they will be given “secret documents”. However, they were arrested immediately after the meeting. The 2 journalists have also been denied access to their lawyers.
 

Aung San Suu Kyi who is the State Counsellor of Myanmar and Nobel Laureate should intervene and call for a review towards the prosecution of the 2 journalists. Aung San Suu Kyi who champions for human rights and democracy for the past decades should protect the human rights of the 2 journalists. 
 

The Youth Wing of People’s Justice Party will be handing over a memorandum to Myanmar Embassy in Kuala Lumpur soon to urge the Myanmar government for the immediate release of the journalists who have been prosecuted under an undemocratic law. 


Lee Chean Chung 
Semambu State Assemblyman 
Information Chief for Youth Wing of the People’s Justice Party (AMK)



Kenyataan Media

 

16 Julai 2018

 

Dua wartawan Reuters telah ditahan dibawah Akta Rahsia Rasmi kerana mempunyai beberapa dokumen rahsia kerajaan dan kini bakal menghadapai hukuman penjara 14 tahun. Dua wartawan tersebut, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo adalah dua wartawan yang menyiasat dan membuat liputan mengenai pembunuhan etnik Rohingya di utara wilayah Rakhine.
 

Saya ingin menggesa kerajaan Myanmar supaya melepaskan 2 wartawan yang ditahan tersebut serta-merta kerana ianya adalah satu pencabulan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan media seperti mana telah ditekankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kerajaan Myanmar seharusnya melindungi hak setiap wartawan dan kebebasan media tetapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya dengan menghukum wartawan yang mencari kebenaran dalam memastikan laporan mereka benar dan tepat. 
 

Perbicaraan kes Wa Lone dan Kyaw Soe Oo bermula pada hari ini dan mereka telah pun disoalsiasat dengan berat sekali oleh pihak polis. Penghukuman dan layanan terhadap wartawan ini penuh dengan kelopongan , tidak telus dan bersifat politikal semata-mata. Pada mulanya, kedua-dua wartawan ini telah dijemput untuk bertemu dengan pihak polis di sebuah restoran untuk diberi satu dokumen ‘rahsia’. Namun sejurus berakhir pertemuan itu mereka telah ditahan oleh pihak polis. Mereka juga telah dihalang dari mendapatkan peguam pada peringkat awal. 
 

Aung San Suu Kyi, penasihat negara Myanmar dan juga pemenang anugerah Nobel Keamanan seharusnya masuk campur terhadap permasalahan ini dan menggesa supaya penilaian semula perlu dibuat terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada wartawan terlibat. Selain itu, Aung San Suu Kyi yang diraikan sebagai salah seorang pejuang hak asasi manusia sepatutnya memainkan peranan dalam membela hak kedua-dua wartawan ini. 
 

Angkatan Muda Keadilan(AMK) Parti Keadilan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur untuk menggesa kerajaan Myanmar melepaskan wartawan yang telah dituduh dibawah undang-undang yang tidak demokratik 


Lee Chean Chung
Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
 

 

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive