ADUN SEMAMBU: KERAJAAN NEGERI PAHANG HARUSLAH MENJADIKAN KERAJAAN NEGERI JOHOR SEBAGAI TELADAN DENGAN MEMBERI PENGAGIHAN PERUNTUKAN SECARA SISTEMATIK KEPADA PENDIDIKAN VERNAKULAR 李健聪:彭亨州政府应效仿柔佛政府 制度化拨款母语教育

July 6, 2018

 

6 Julai 2018

Kenyataan Media

 

 

ADUN SEMAMBU: KERAJAAN NEGERI PAHANG HARUSLAH MENJADIKAN KERAJAAN NEGERI JOHOR SEBAGAI TELADAN DENGAN MEMBERI PENGAGIHAN PERUNTUKAN SECARA SISTEMATIK KEPADA PENDIDIKAN VERNAKULAR

 

ADUN SEMAMBU mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang mengikut jejak Kerajaan Negeri Johor dalam pemberian peruntukan secara sistematik kepada SM Chong Hwa Kuantan.

 

Memandangkan kerajaan negeri Johor telahpun memberikan peruntukan secara sistematik kepada Sekolah Pendidikan Bahasa Ibunda, kerajaan Negeri Pahang juga harus memberikan peruntukan secara sistematik kepada SM Chong Hwa Kuantan. Kerajaan Negeri Johor memutuskan pemberian peruntukan sebanyak RM450 ribu setahun kepada sekolah menengah Persendirian Bahasa Cina dalam negeri Johor dan hanya mengutip cukai tanah berharga RM 1.
 

SM Chong Hwa Kuantan hanya bergantung kepada dermaan rakyat jelata untuk menampung pelbagai jenis perbelanjaan operasi sekolah, seperti perbelanjaan pentadbiran. Bukan itu sahaja, murid-murid SM Chong Hwa terpaksa menjejak ke seluruh negara untuk mendapat kutipan derma bagi menampung kos perbelanjaan sekolah.
 

Sekiranya kerajaan negeri Pahang dapat memberikan peruntukan secara sistematik kepada pendidikan vernakular, hal ini mesti mendapat sambutan yang baik daripada kaum Cina. Initiatif ini akan membolehkan para guru sekolah tersebut menumpukan masa dan tenaga mereka dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga dapat menikmati infrastuktur pembelajaran yang lebih sempurna serta suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
 

Dengan itu, saya yakin bahawa Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar yang baru, YB Dato Wan Rosdy bin Wan Ismail akan membawa perubahan yang baru di dalam Negeri Pahang dengan memberi pengagihan peruntukan secara sistematik kepada SM Chong Hwa Kuantan.

 

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

 

(7日讯)士满慕区州议员李健聪敦促彭亨国阵州政府仿效柔佛州政府制度化拨款的宣布,拨款关丹中华中学。

 

李健聪表示,随着柔佛政府通过制度化拨款于柔佛独中,彭亨政府理应制度化拨款予彭亨州关丹中华中学。

 

“昨日,柔佛州政府决定每年拨出四十五万零吉于柔佛州内所有独中,而且只向各个独中每年征收一零吉的地税。”

 

李健聪强调,关丹中华中从开始一直到现在都依靠大众的捐款,继续维持学校的行政费用以及各种开销。不单这样,关中学生还需要到处各地向商家筹募学校营运的经费。”

 

“如果彭亨政府能够制度化拨款予母语教育,这肯定是彭亨华社子弟的一项大喜讯。这不单会让关中老师能更专注于教育事业,学生也能在更完善的教育设施上课。”

 

李健聪最后呼吁,新任州务大臣罗斯迪领导下的彭亨州州政府,若要为彭亨州带来新的改变,制度化拨款关丹中华中学肯定是必须落实的一件事。

 

李健聪
士满慕区州议员
人民公正党公青团宣传主任

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive