ADUN SEMAMBU: KERAJAAN NEGERI PAHANG PATUT MENJADIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TELADAN DENGAN MEMBERIKAN PERUNTUKAN KEPADA SEMUA ADUN 彭政府需以中央政府为榜样,分配拨款于所有州议员

June 12, 2018

   7 Jun 2018

Kenyataan Media

 

ADUN SEMAMBU: KERAJAAN NEGERI PAHANG PATUT MENJADIKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TELADAN DENGAN MEMBERIKAN PERUNTUKAN KEPADA SEMUA ADUN

 

ADUN SEMAMBU mencadangkan Pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk menjadikan Kerajaan Persekutuan sebagai teladan dengan memberikan peruntukan kepada semua Wakil Rakyat yang telah memenangi setiap Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang untuk Pilihran Raya Umum ke-14 yang telah diadakan pada 9 Mei 2018.

 

Saya menggesa agar pihak Kerajaan Negeri Pahang yang diperintah Barisan Nasional untuk mengikut jejak Kerajaan Persekutuan dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan dalam segi pembahagian peruntukan Wakil Rakyat. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pengagihan perutukan kepada setiap Ahli Parlimen dan Pusat Khidmatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian RM 500,000 kepada setiap Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan RM 200,000 untuk pusat khidmatnya sebelum Hari Raya. Manakala, Ahli Parlimen Pembangkang diberikan peruntukan sebanyak RM 100,000.

 

Saya menyarankan bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak sepatutnya mengamalkan diskriminasi atas perbezaan politik dalam pengagihan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada setiap wakil rakyat. Peruntukan wajib diberikan kepada setiap Wakil Rakyat agar pengundi di semua kawasan tersebut dapat menikmati manfaat peruntukan tersebut.

 

Kerajaan Negeri Pahang sepanjang tempoh pimpinan Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob tidak memberikan sebarang peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang selama ini. ADUN Pembangkang terpaksa bergantung kepada pengumpulan dana daripada rakyat dan gaji bulanan dalam sepanjang waktu berkhidmat.

 

Dengan itu, saya yakin bahawa Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar yang baru, YB Dato Wan Rosdy bin Wan Ismail akan membawa perubahan yang baru di dalam Negeri Pahang dengan memberi pengagihan peruntukan kepada setiap Wakil Rakyat tanpa mengira parti politik.

 

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

 

(6月7日讯)士满慕区州议员李健聪今日发表文告提议国阵政府以中央政府为榜样,分配拨款于所有在2018年5月9日第14届全国大选赢得每个州议席的人民代表

李健聪表示,国阵政府管制的彭亨州政府理应跟随希盟管制下中央政府分配人民代表拨款的行动。昨日我国首相敦马哈迪召开记者会宣布在开斋节前分配拨款于所有国会议员以及其服务中心。

 

“首相已宣布在开斋节前给予RM500,000于每个希盟国会议员和RM200,000于其服务中心。然而,反对党国会议员将获得RM100,000的拨款。”

李健聪强调,希望彭亨州政府切勿在分配拨款于所有人民代表的事件上实践政治反差的歧视。所有给予人民代表的拨款需要实行以便所有的当地选民可以享有那份拨款的好处。”

 

“在拿督安南耶谷领导下的彭亨州政府一直以来并没有给予任何拨款于反对党州议员。在服务期间。反对党州议员只能被逼依赖人民的筹款和月薪来维持。”

李健聪最后呼吁,新任州务大臣领导下的彭亨州州政府为彭亨州带来新的改变,那就是不分政党地给予拨款于所有人民代议士。

 

李健聪
士满慕区州议员
人民公正党公青团宣传主任

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019

May 19, 2019

May 16, 2019

Please reload

Archive