#2 Diari Bersama Memantapkan Kuantan 美好关丹日记

May 7, 2018

 

Hari Pekerja, merupakan hari yang mengingatkan kita, memberikan pengiktirafan ke atas perjuangan pekerja dalam pembangunan negara. Pekerja-pekerja negaralah yang membolehkan kita sebagai konsumer dapat menikmati hasil titik peluh mereka yang lumayan.

 

Saya, selaku salah seorang wakil rakyat Kuantan, sering mendapat aduan daripada para pekerja mahupun petani, tentang masalah kos kehidupan yang makin hari makin tinggi, pertolongan yang dihulurkan kerajaan yang semakin hari semakin berkurang, kehidupan mereka sebagai seorang pekerja biasa yang semakinlah bersusah-payah.

 

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan orang ramai, supaya menunjukkan keprihatinan mereka kepada para pekerja. Sepatutnya, bersama dengan pasukan saya, kami ingin melakukan ‘flash mob’ di pusat-pusat beli-belah, namun disebabkan kekurangan kakitangan, akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkunjung ke setiap kedai di pusat beli-belah, berkata kepada peniaga mahupun pekerja,“Terima kasih atas sumbangan anda, teruskanlah perjuangan dan bertahanlah untuk masa depan.”

 

 

Sudah lima tahun menjadi seorang wakil rakyat, saya tidak pernah merungut tentang pekerjaan sendiri walaupun kesusahan dan keletihan telah saya alami. Sebabnya, adalah pilihan saya sendiri untuk meletakkan diri saya ke atas pangkuan politik, maka mujurlah, saya mempunyai sebuah pasukan yang rajin dan tidak pernah mengeluh. Ribuan sokongan telah diberikan ahli keluarga, anak perempuan sulung saya turut mendampingi saya ke pusat-pusat beli-belah tersebut, membuatkan saya berasa saya merupakan seorang wakil rakyat dan ayah yang paling bahagia.

 

Akan tetapi kebanyakan pekerja, sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan buat pekerjaan mereka, terpaksa menjalankan kehidupan secara kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hidup bersusah-payah dengan gaji yang rendah, sering memikirkan, “bagaimana dengan hari yang seterusnya?”

 

Masyarakat kini, hanya menitik berat terhadap keperluan tenaga pekerja serta peningkatan hasil produktiviti, tetapi melupakan pekerjanya sendiri. Perlu kita fahami, yang patut kita hargai itu usaha dan perjuangan pekerja, bukanlah hanya hasil yang didatangkan mereka. Inilah caranya saya menyambut Hari Pekerja, tidak tahulah bagaimana dengan anda semua.

 

ditulis oleh LEE CHEAN CHUNG, 03/05/2018

 

 

 

 

劳动节,一个应提醒世人,苦劳的工人阶级需要更多保障的日子,但我们都选择沉浸在欢乐的消费庆典里,那又是谁默默地为我们服务呢?


作为一位在关丹的人们代议士,身边都会接到许多工人、农人的投诉,生活成本太高,津贴太少,未来越来越难行走。


因此,在劳动节那天,我想用身体语言来唤醒大众对于劳动者的关怀。原本当天下午,我们和我的竞选团队打算在百货公司大搞『快闪』活动,但基于人力问题以及觉得太花俏,所以我们选择一步一脚印地,走访百货公司里的每一个摊位以及店家,告诉他们:“辛苦你们了,未来还请坚持下去。”


作为州议员的日子已经迈入第5年,期间我从来没有抱怨过自己的工作太繁杂、太累。因为,是我选择走政治这条路的,而且幸运的,我有一班勤奋的团队,以及我的家人,我的大女儿还自愿陪我跑Mall,我是个幸福的议员爸爸。但很多劳动者,是没有太多选择的,除了3D的工作,还要在低薪的情况下挣扎,明天要怎么过活?


这个社会,只在乎劳动力(Labor force)的提供以及GDP的提升,但忘了劳动者(Laborer)本身。要明白,我们都是马来西亚人,人永远重要过数字。这是我庆祝劳动节的方法,不知其他人怎么过。


健聪 2018/05/03 搁笔

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2017 by Fiction Fire Media. Proudly created with Wix.com

Talian kami:

Tel: 018-2290073

Pejabat ADUN Semambu

No.1, Lorong Sekilau 58, Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan