#1 Diari Bersama Memantapkan Kuantan

May 7, 2018

 

Ada kalanya saya berfikir, jika sudah pencen, bukan lagi seorang ahli politik, adakah saya akan mempunyai masa yang lebih dan mencukupi untuk keluarga saya? Sebenarnya, itu hanyalah fikiran yang sia-sia. Masa ini sibuk dengan pilihan raya. Tiada oranglah yang dapat menjangka kehidupan mereka pada masa hadapan.

 

Adanya pepatah Cina yang berbunyi, hidup selama tujuh puluh bukanlah suatu yang biasa. Ketika sudah tua, kita seharusnya menikmati kehidupan secara harmoni bersama anak mahupun cucu kita tanpa sebarang kerisauan. Namun, terdapatlah sesetengah pihak yang tidak dapat lari daripada jasad yang telah ditetapkan, tidak dapat menidakkan tanggungjawab mereka yang diperintah Tuhan selagi mereka masih bernafas. Seperti yang dikatakan dalam buku falsafah Cina, ‘Mo Tzu’ ,seseorang itu harus menerimanya dan melaksanakan tanggungjawab mereka ke atas masyarakat, negara mahupun dunia.

 

Saya dapati, Tun Mahathir ialah salah seorang yang telah dipilih untuk menjalankan tanggungjawabnya bagi berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Pada tahun 2003, meletakkan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia, namun sesiapa yang dapat meramal, bahawa beliau sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk membina semula negara, diberikan beban untuk bangkit dan bertentang dengan cengkaman Najib terhadap negara, sudah 93 tahun, tetap diberi misi untuk menyelamatkan negara Malaysia.

 

5 tahun dahulu, kita pernah memarahi Tun Mahathir sebagai seorang pemerintah yang lansung tidak boleh dicabar, berkuasa mutlak dan tiada batasannya, kita pernah menyaslahkan beliau sebagai permulaan permasalahan kes rasuah yang berleluasa, hari ini tak sangka kita tetap menerima beliau sebagai pemimpin kita, sebagai calon perdana menteri Malaysia.

 

 

Sampailah Tun Mahathir dan pemimpin PKR, Dato Anuar Ibrahim berjabat tangan dan berbaik semula, barulah saya berasa tersentuh. Senario ini betul-betul mencapai sejarah! Seorang yang merangka membengkokkan dirinya meminta maaf secara insaf, seorang yang dirangka memunjukkan sifat yang pemaaf dan memaafkan pihak yang bersalah. Dengan adanya dua orang pemimpin sebegini, melupakan dendam, bekerjasama berjuang untuk tanah air yang tercinta. Warga Malaysia, kita merupakan antara yang paling bahagia.

 

Saya rasai, warga Kuantan telahpun menunjukkan sifat mulia seperti dua pemimpin di atas. Apabila Tun Mahathir berucap, ketika beliau berpidato, warga-warga Kuantan tidak membezakan ketidak-samaan kulit atau warna, tampuk atau asal, percaya atau agama, bersama menghidupkan flash, menyalakan seluruh tapak, membina suasana yang cerah dan berseri, menggambarkan rakyat Malaysia telahpun bersedia bersatu-padu, sama-sama membina semula negara, membawa Malaysia ke arah negara maju semula.

 

Lihatnya beliau yang begitu tua masih boleh bersuara, masih dapat berucap dengan penuh semangat, tepuk dada diri, tanya selera diri, apatah lagi saya yang masih lagi muda dan bertenaga.

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

Pejabat ADUN Semambu 士满慕服务中心

May 18, 2018

1/6
Please reload

Recent Posts

September 16, 2019

September 13, 2019